Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Selamat datang ke forum komuniti SILVERIAN  (Read 3338 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
fairx
Tokeh Besor
Tok Penghulu
*
Offline Offline

Posts: I am a geek!!


Tenori Taiga


WWW
« on: December 30, 2005, 12:25:02 AM »

Selamat datang ke Forum Komuniti Silverian, wadah interaksi moden untuk warga Perak, seMalaysia, sedunia. Bak kata orang-orang tua, kecil tapak tangan ~ nyiru kami tadahkan.

Inilah dia, hasil permintaan rakan-rakan setempat untuk membuka satu forum komuniti bagi warga Perak. Tak kiralah menetap kat mana, Perak ke, luar Perak ke ataupun luar negeri. Tak kira juga apa kaum atau agama, asalkan orang Perak atau kena-mengena dengan Perak walau sebesar hama pun, semua jalan. Kecik besar, tua muda, lelaki perempuan..

Adalah dimaklumkan bahwasanya forum ini masih lagi berada dalam sesi percubaan dan masih kekurangan dari serba segi. Banyak lagi yang perlu diuruskan serta diperbaiki terutamanya menu, seting warna, grafik, serta subforum yang belum lengkap. Semoga semua ini tidak akan mengurangkan minat anda untuk menjadi ahli setia di tempat ini. InsyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa. Kami pihak pengurusan juga sedia menerima sebarang teguran membina, cadangan cadangan baru serta lain-lain yang boleh digunapakai.

Sebagaimana gaya bahasa & persembahan kami, jelas sebenarnya forum ni adalah untuk suka suka dan sebagai wadah untuk bersantai serta mengeratkan lagi perhubungan antara yang jauh dengan yang dekat. Postlah apa topik pun, sembanglah macam mana gaya pun tak kisah asalkan tidak melanggar adat susila kita orang timur. Walaubagaimana pun, kami pihak pengurusan forum Silverian tidak akan bertolak ansur dengan topik topik yang menyentuh isu sensitif (tetapi tidak terhad kepada) berikut :

1. Isu yang menyentuh sensitiviti Agama Islam & lain-lain agama.
2. Isu yang menyentuh sensitiviti Institusi Raja Raja Melayu.
3. Isu yang berbau perkauman & politik radikal.
4. Isu yang mempertikaikan Institusi Undang Undang Negara Malaysia.

Sebarang topik yang berkaitan dengan isu diatas akan dibubarkan dan ahli yang terlibat akan dibuang keahliannya.

Tiada syarat menghalang ahli untuk post dalam bahasa Melayu atau Inggeris ataupun lorat/dialek daerah. Bagaimanapun, pengguna harus faham menilai tata bahasa agar tidak menyinggung perasaan antara sesama ahli. Ahli yang menggunakan bahasa yang kasar & lucah akan diberi amaran oleh moderator.

Ruangan selamat datang ini akan diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.

udah le tu.. letih tangan teman manaip, tunggu ape lagi weh.. moh le posting!!!

yang betul,

Wan aka fairx
(Admin forum Silverian)
« Last Edit: November 17, 2006, 01:55:33 PM by fairx » Logged

Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

TinyPortal v.1.0.6 beta 2 © Bloc