Silverian.org
Forum
»
Info & Pengumuman
»
Pengumuman & Berita Terkini Forum Komuniti Silverian
»
BERITA FKS
Username:
1 Hour
1 Day
1 Week
1 Month
Forever
Password:
Home
Forum
Help
Search
Quick Search
Advanced Search
[Close]
Calendar
Members
Login
Register
Pages: [
1
]
2
3
All
Go Down
« previous
next »
Print
Author
Topic: BERITA FKS (Read 227 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
BERITA FKS
«
on:
July 15, 2010, 01:43:30 AM »
Polis rampas 1042 VCD cetak rompak, 196 kotak mercun
TANJUNG MALIM – Dua kedai menjual cakera padat video (VCD) asli di Pekan Tanjung Malim di sini, akhirnya diserbu pihak berkuasa kerana didapati menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang, petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Mohd Ali Mat Nayan berkata, dalam serbuan yang dijalankan ke atas dua premis itu, pihaknya berjaya merampas VCD cetak rompak dan pelbagai jenis mercun.
Menurutnya, modus operandi yang dijalankan peniaga terbabirt adalah menyorok bahan itu di bilik rahsia di bawah lantai dan siling.
“Pihak kami mengadakan serbuan ke kedai pertama dan merampas 470 VCD cetak rompak dan 90 kotak bungkusan mercun pelbagai jenis.
“Serbuan kedua di kedai bersebelahan berjaya merampas 572 VCD cetak rompak dan 106 kotak bungkusan mercun pelbagai jenis,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, semalam.
Mohd Ali berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki bawah umur yang dipercayai menjadi pekerja di kedai yang pertama.
Katanya, semasa serbuan dijalankan, pemilik kedai itu berjaya meloloskan diri, namun pihaknya sudah mengenal pasti mereka yang terlibat.
“Modus operandinya adalah menyorokkan barangan ini dan hanya mengeluarkanny
a sekiranya ada permintaan daripada pelanggan.
“Peniaga ini mengubahsuai kedai mereka dengan menjadikan kawasan bawah lantai dan siling sebagai bilik khas bagi menyimpan barangan sebelum dijual,” katanya.
Mohd Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sumber bekalan yang diperoleh oleh peniaga itu.
“Kita menjalankan siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan 6 (2) Akta Penapisan Filem 2002.
“Pihak polis juga sedang mengesan peniaga yang terlibat dalam aktiviti ini dan siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.
«
Last Edit:
Today
at 01:07:16 AM by yob rock!
»
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA
«
Reply #1 on:
July 24, 2010, 02:00:11 AM »
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #2 on:
July 24, 2010, 11:41:23 AM »
Buruh mati tertimbus
TAIPING – Seorang buruh binaan warga Indonesia mati tertimbus pagi tadi ketika melakukan kerja pembinaan di kawasan Taiping Villa.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Deputi Superintendan Zamani Shahrudin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi apabila mangsa yang berusia 28 tahun itu tertimbus dalam runtuhan tanah ketika memulakan pekerjaannya.
Menurutnya, mangsa, Sutikno Agus adalah seorang daripada empat pekerja buruh binaan di kawasan berkenaan dengan tiga lagi sempat menyelamatkan diri.
“Kes ini masih lagi disiasat dan diklasifikasik
an sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, rakan mangsa, Wahyudi, 25, berkata, mereka berempat tinggal di asrama di Tekkah Permai, sebelum ke tempat kerja seperti biasa yang masuk hari ketiga.
Katanya, tidak sampai 10 minit selepas memulakan kerja, tanah di kawasan itu tiba-tiba runtuh dan semua pekerja melarikan diri termasuk Sutikno.
“Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila kakinya tersangkut dalam tanah. Sutikno berada paling dekat dengan runtuhan berkenaan dan kami berusaha mengorek tanah itu untuk menyelamatkann
ya.
“Kira-kira 0.6 meter kami korek tanah dan cuba menarik Sutikno keluar dari tanah yang menimbusnya, tetapi kami dapati dia sudah tidak bernyawa lagi,” katanya.
Wahyudi berkata, Sutikno yang sudah berkahwin dan berasal dari Jawa Timur sudah dua tahun bekerja di sini.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #3 on:
July 25, 2010, 02:03:14 PM »
Wanita ditetak di tangan
PEKAN BARU – Seorang wanita M Kokila, 40, dipercayai di tetak di bahagian tangan dan badan menggunakan parang tajam oleh seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah di Pekan Baru, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 malam di kawasan sekolah apabila mangsa yang memandu kereta ditahan oleh seorang lelaki tidak dikenali yang juga berkereta.
Menurutnya, suspek turun kemudian meluru ke arah mangsa dengan membawa sebilah parang dan menetak tangan serta badan mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri.
“Orang ramai yang melalui kawasan tersebut segera membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mat Fauzi berkata, siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #4 on:
July 29, 2010, 10:41:18 AM »
Semua ADUN kena guna 3P
TRONG – Pendekatan 3P
(padang, perasaan dan penyelesaian)
diperkasa untuk memastikan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan turun padang melihat masalah rakyat serta menyelami dan mencari jalan penyelesaian.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendekatan itu supaya pemimpin dapat menyelami kesusahan serta masalah rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar.
“Untuk penerapan pendekatan 3P ini, program juara rakyat dan mesra pelanggan menjadi salah satu medium bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Secara tidak langsung masyarakat juga dapat berjumpa dan berinteraksi lebih dekat dengan wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan,” katanya ketika berucap sempena Program Juara Rakyat dan Mesra Pelanggan DUN Trong.
Program Juara Rakyat dan Mesra Pelanggan diadakan di Padang Sungai Kerang, Trong itu program pertama kali yang diadakan di kawasan tersebut dan mendapat sambutan menggalakkan penduduk tempatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Zambry meluluskan peruntukan RM30,000 bagi menyediakan kemudahan asas seperti tandas di Padang Sungai Kerang kepada masyarakat sekitar yang menggunakan padang berkenaan untuk pelbagai aktiviti.
Sempena lawatan ke gerai pameran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), beliau turut menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas kepada pelbagai kaum menerusi sumbangan YBUDR.
Zambry turut meluangkan masa ke tapak Projek Infra Bina Upaya, YBUDR di Kampung Merbuk Merbau bagi memberi pelan rumah yang bakal dibina kepada tiga orang penerima iaitu Norafeda Wahab (Kampung Merbuk Merbau), Siti Hija Saman (Kampung Sungai Kerang), dan Yeng Yong Thing (Kampung Baru) dalam kawasan DUN Trong.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #5 on:
July 29, 2010, 10:45:35 AM »
Dua juvana mengaku tidak bersalah
IPOH – Dua gadis juvana antara lima individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah di sebuah kelab rekreasi di Taman Kampar pada 11 Julai lalu.
Tertuduh, Yeoh Thim Seng, 28, dari Pasir Pinji; Chin Lai Kwan, 23, dari Taman Soong Choon; Hoh Kah Wai, 31, dari Silibin dan dua juvana berusia 15 serta 16 tahun masing-masing dari Taman Agung Tawas dan Pasir Pinji.
Difahamkan, dua gadis juvana itu tidak bersekolah dan masing-masing bekerja di restoran serta salun.
Lima tertuduh itu mengangguk faham selepas pertuduhan dalam bahasa Mandarin dibacakan jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun, Lai Kwan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan, manakala empat tertuduh lain mengaku tidak bersalah.
Majistret Roslinda Razali membenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 6 September ini sebagai sebutan semula kes serta menjatuhkan hukuman ke atas Lai Kwan.
Dalam kejadian 4.15 petang pada 11 Julai lalu, Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ipoh menemui dadah jenis syabu seberat 3.8 gram, ganja 1.1 gram dan ketamin 10.6 gram di atas meja sebuah bilik di kelab rekreasi berkenaan.
Selepas menjalani ujian air kencing, kelima-lima mereka ditahan kerana didapati positif dadah.
Jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan memiliki ganja, Seksyen 6 akta yang sama dengan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #6 on:
July 30, 2010, 04:14:58 PM »
Lans Korperal maut
TANJUNG RAMBUTAN - Seorang anggota polis maut, manakala anaknya cedera parah dalam kejadian langgar lari di Jalan Tanjung Rambutan berhampiran Bandar Baru Putra, malam kelmarin.
Lans Korperal Nor Zarish Zainudin, 42, maut selepas motosikal yang ditunggang bersama anaknya, Mohd Aiman Rafiq, 12, bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.
Nor Zarish dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian kerana mengalami kecederaan serta pendarahan serius, sementara Mohd Aiman Rafiq dimasukkan ke Wad Pembedahan Kanak-Kanak.
Pegawai Kebajikan Briged Utara, Sub Inspektor Saidul Kechi Mohamad ketika ditemui berkata, berdasarkan keterangan, Nor Zarish dalam perjalanan menghantar Mohd Aiman ke Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengikuti kelas seni mempertahankan diri.
“Ketika melalui jalan itu, motosikal yang ditunggangnya dikatakan bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu laju dari arah bertentangan dipercayai cuba memotong kenderaan lain.
“Pertembungan itu menyebabkan dua beranak itu tercampak ke tepi jalan. Berdasarkan saksi yang melihat kejadian, pemandu kereta itu memberhentikan kenderaan seketika dan setelah melihat keadaan mangsa, dia memasuki semula kereta tersebut dan melarikan diri.
“Bagaimanapun, kereta berkenaan ditemui di sebuah bengkel berhampiran tengah hari semalam dipercayai ditinggalkan pemiliknya selepas kejadian.
“Kita kini berusaha mengesan pemilik kenderaan itu dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dikehendaki tampil membantu siasatan,” katanya.
Saidul berkata, orang ramai boleh menghubungi Timbalan Komandan Briged Utara, Asisten Komisioner Ramli Din di talian 012-229 6565 atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Inspektor Mohd Zubir di talian 012-501 6064.
Terdahulu, balu Allahyarham, Adib Badariah Jamaludin, 37, berkata, sebelum kejadian, Allahyarham tidak pernah berkelakuan ganjil ataupun menunjukkan sebarang perubahan sikap serta perlakuan pelik.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #7 on:
July 31, 2010, 12:40:17 PM »
Jeritan isteri selamat dari maut
SUNGAI SUMUN - Jeritan isteri yang sedang panik telah menyelamatkan nyawa seorang warga emas selepas rumah mereka terbakar dalam satu kejadian di Kampung Parit 6 di sini, kelmarin.
Abu Khairi Rajuli, 76, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, dia dan isteri, Manisah Talim, 62, sedang tidur.
Menurutnya, kejadian cuma disedarinya selepas isterinya menjerit memberitahu ada api di dalam biliknya.
“Semasa kejadian saya tidur di kerusi ruang tamu manakala isteri berada di dalam bilik. Saya bingkas bangun selepas terdengar jeritan isteri.
“Saya terkejut dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa setelah melihat api semakin marak dari dalam bilik dan terus terjun melalui tingkap,” katanya kepada media, semalam.
Abu Khairi berkata, setelah masing-masing menyelamatkan diri, mereka cuma mampu melihat rumah terbakar dan runtuh.
Menurutnya, dua anak lelakinya turut sama mendiami rumah itu, tetapi semasa kejadian mereka berada di luar.
Sementara itu, Abu Khairi berkata, kejadian seperti itu belum pernah berlaku walaupun telah tinggal lebih 40 tahun dan kerugian dianggarkan RM20,000.
"Api marak terlalu cepat sehinggakan bomba dan penyelamat tidak dapat berbuat apa-apa kerana api telah padam.
"Barangan berharga yang turut hangus adalah motosikal, perkakasan elektrik dan wang tunai RM300," katanya.
Katanya, punca kejadian mungkin disebabkan litar pintas kerana api bermula di bilik, tetapi tidak kedengaran sebarang letupan kerana ketika itu mereka sedang tidur.
“Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai takdir.
“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kami selamat dan berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk kami berteduh,” katanya
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #8 on:
August 01, 2010, 04:52:15 PM »
Lenggong calon tapak warisan dunia
LENGGONG – Berikutan Lenggong dicalonkan sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO, Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Lenggong (MDL), Tukiren Siron mahu Ahli MDL turut memainkan peranan mereka dalam hal berkenaan.
Tukiren berkata, pemilihan dan pencalonan sesuatu kawasan sebagai tapak warisan dunia adalah kuasa Jabatan Kesenian dan Warisan malah Lenggong dipilih sebagai salah satu calon tapak warisan dunia UNESCO.
Menurutnya, di peringkat MDL sendiri semua pihak perlu sentiasa bersedia untuk perkara ini dan membuat pelbagai persiapan.
“Dengan itu kita tentunya memerlukan kerjasama daripada semua Ahli MDL bagi menjayakan agenda besar meletakkan Lenggong di peta dunia ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli MDL, kelmarin.
Beliau berkata, masyarakat perlu diberikan penerangan jelas berkenaan pencalonan Lenggong sebagai tapak warisan dunia kerana terdapat dalam kalangan mereka terlibat secara langsung dengan perkara ini.
“Kawasan yang terlibat dalam tapak warisan dunia dibahagikan kepada dua zon iaitu ‘core-zone’ merupakan kawasan penting serta banyak melibatkan tanah hak milik masyarakat dan ‘bumper-zone'.
“Itulah pentingnya diberikan penerangan jelas kepada masyarakat kerana setelah kawasan berkenaan diwartakan sebagai calon tapak warisan dunia, tentunya akan terdapat perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat di tapak itu,” katanya.
Katanya, pihaknya tidak pasti berapa peratus kemungkinan Lenggong terpilih, tetapi tetap berharap UNESCO akan mengiktiraf kawasan itu sebagai tapak warisan dunia.
"Seandainya Lenggong benar-benar terpilih, ia akan dapat bergerak seiring dengan Pulau Pinang dan Melaka, dua tapak warisan dunia sedia ada di negara ini,” katanya.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #9 on:
August 02, 2010, 10:31:23 PM »
Ahli Majlis yang juga Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing dibunuh
CHANGKAT KERUING – Tidak sampai seminggu mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing, Lim Ting Peng, 49, ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan ladang ternakan ayam Ong Lai miliknya dekat sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa ditemui di dalam sebuah perigi tidak jauh dari ladang ternakan ayamnya di Changkat Keruing, Ayer Tawar.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui ahli keluarganya ketika sama-sama mencari dalam gerakan menyelamat yang ditubuhkan selepas beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah.
Katanya, mangsa sebelum itu dipercayai keluar dari rumahnya dan ke ladang ternakan ayam itu yang terletak tidak jauh kediaman kira-kira jam 8 pagi kelmarin.
“Mangsa yang baru sahaja lima hari dilantik sebagai Ahli Majlis MPM bagaimana pun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarganya bertindak membuat laporan polis, semalam (kelmarin).
“Selain melaporkan mengenai kehilangan mangsa, mereka turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam di tempat kejadian tempat akhir seperti yang dinyatakan,” katanya.
Beliau berkata, kira-kira jam 6 pagi semalam, keluarga mendiang berjaya menemui mayat mangsa di dalam sebuah perigi tidak jauh dari ladang ternakan ayam melaporkan penemuan itu kepada polis.
Menurutnya, pasukan menyelamat menemui mayat mangsa dalam keadaan bahagian kepala ke bawah.
Katanya, pihaknya juga turut menemui kesan darah yang dipecayai milik mangsa berhampiran dengan reban ayam di dalam ladang tersebut.
Mohd Jamil berkata, berikutan kejadian itu, dua pekerja ladang ternakan ayam warganegara Myanmar dan kereta mangsa turut hilang.
”Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat.
”Motif pembunuhan tersebut masih disiasat dan polis sedang mengesan kedua-dua pekerja Ladang Ayam Ong Lai yang dipercayai terlibat dalam kes itu,” katanya
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Awasi produk khairat kematian palsu
IPOH - Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang murah, demikian amaran kepada orang ramai agar tidak terpengaruh dan membeli produk khairat kematian yang dijual sebuah syarikat yang diberi nama Koperasi Ilham Berhad (KIB) kerana ianya tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, KIB kini dikesan bergerak aktif di Perak dan negeri-negeri di Utara tanahair, memperdayakan golongan warga emas untuk membeli produk yang dijual syarikat mereka.
“Wakil dan kakitangan syarikat ini bergerak aktif dari rumah ke rumah untuk mempengaruhi golongan warga emas membeli produk mereka.
“Saya nasihatkan supaya orang ramai tidak membeli produk mereka. Syarikat yang ditubuhkan di Kuala Lumpur ini tidak berdaftar dengan SKM dan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2010 anjuran Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sini, semalam.
Lian Hoe berkata, semakin ramai yang sudah terpengaruh dengan produk yang dijual dengan harga serendah RM365 dan menjanjikan pampasan bernilai RM20,000 bagi setiap produknya.
Katanya, banyak aduan diterima berhubung kesahihan produk yang memberikan pulangan bernilai tinggi itu.
“Orang ramai hendaklah berfikir dengan betul agar tidak tertipu dengan produk-produk ini,” katanya.
Beliau berkata, SKM kini sedang menjalankan siasatan ke atas syarikat ini dan tindakan undang-undang akan diambil selepas kesemua maklumat dikumpul.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #10 on:
August 03, 2010, 01:02:42 PM »
Maut lalu jalan bertentangan
SERI MANJUNG – Padah menunggang motosikal di laluan bertentang menyebabkan penunggangnya, Saidin Md Kamil, 37, maut di tempat kejadian setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 21 Sitawan – Ipoh malam semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kejadian melibatkan motosikal dan kereta jenis Perodua Kelisa itu berlaku kira-kira jam 8.30 malam di Changkat Cermin.
Beliau berkata, mangsa yang bekerja sendiri itu maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di muka, patah kedua-dua tangan dan kaki sebelah kanan.
“Siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dari arah Ipoh ke Sitiawan memandu di laluan bertentangan.
“Setiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Sitiawan ke Ipoh tidak menyedari kehadiran mangsa di laluan itu, lalu bertembung,” katanya.
Menurut beliau, perlanggaran itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan tiga penumpang dalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Buru dua warga Myanmar
SERI MANJUNG – Polis Daerah Manjung meneruskan usaha mengesan dua pekerja asing yang dipercayai mempunyai kaitan pembunuhan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Lim Ting Peng, 49, awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, ini berikutan polis menemui telefon bimbit dipercayai milik seorang pekerja warganegara Myanmar itu di ladang ayam milik mangsa.
Katanya, hasil daripada pemeriksaan pada telefon bimbit itu, polis mengesan beberapa panggilan dibuat daripada Pantai Remis pada malam kejadian.
Menurut beliau, polis turut menjumpai sebatang kayu penukul mempunyai kesan darah yang dipercayai dijadikan senjata untuk memukul mangsa.
“Ini adalah berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh terhadap mayat mangsa, punca kematian disebabkan kecederaan parah di bahagian belakang kepala mangsa dipercayai dipukul menggunakan benda tumpul.
“Pihak kami juga masih menjalankan siasatan berkenaan motif pembunuhan Ahli Majlis MPM kerana hasil siasatan pihak kami mendapati mangsa tidak mempunyai hutang dan masalah terhadap sesiapa pun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Mayat mangsa ditemui dalam sebuah perigi tidak jauh dari ladang ternakan ayamnya di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini, oleh ahli keluarganya yang turut mencari selepas mangsa tidak pulang ke rumah seperti kebiasaan.
Dalam perkembangan sama, kata Mohd Jamil, pihaknya telah menjumpai kereta milik mangsa di Sungai Batu, Pantai Remis kira-kira 9 pagi semalam.
Kata beliau, anggotanya yang sedang menjalankan rondaan di kawasan itu menjumpai kereta mangsa dalam semak dekat Sungai Batu, di sini.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #11 on:
August 05, 2010, 07:44:30 PM »
Premis terbakar, kerugian RM20,000
BATU GAJAH – Sebuah premis hangus dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Pekan Lama, di sini, kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, G Mahandran berkata, dalam kejadian itu, premis terbabirrt mengalami kerosakan teruk akibat tekanan yang tinggi hingga mengeluarkan asap tebal.
Menurutnya, premis itu tidak beroperasi disebabkan hujung minggu dan keadaan bilik yang bertutup menyebabkan api marak dengan cepat.
“Kami menerima panggilan jam 5.22 petang dan jentera kami bersama lima anggota telah bergegas ke tempat kejadian dua minit kemudian.
“Kebakaran dapat dikawal dalam masa lima minit dan pihak kami dapat mengawal api daripada marak ke bahagian belakang, atas dan keseluruhan premis,” katanya kepada Sinar Harian.
Mahandran berkata, ketika jentera tiba, pemilik premis turut sampai dan pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah setelah pemilik kedai membuka pintu premis.
“Suhu bilik ketika itu amat tinggi di mana ia mengeluarkan asap kelabu kehitaman menandakan api sedang marak.
“kami berjaya mengawal keadaan dengan pantas dan dapat mengelak kebakaran merebak ke premis lain,” katanya.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Hasil maklumat daripada pemilik premis, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM20,000 di mana kesemua harta benda dalam premis musnah dalam kebakaran itu,” katanya.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #12 on:
August 06, 2010, 11:12:39 PM »
Rawatan kesihatan, kaunseling percuma
IPOH - Pasukan Kesihatan Bergerak Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH) telah mengadakan rawatan kesihatan dan kaunseling percuma bertempat di gedung Court, Taman Ipoh dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat.
Jawatankuasa program, Juliet Choo berkata, ia adalah salah satu program kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial pihaknya dalam membantu masyarakat.
Menurutnya, program yang berbentuk kemasyarakatan diadakan pada setiap bulan dan ia akan diperluaskan tumpuannya bagi membantu masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan agama.
“Ramai di antara kita tidak peka dan mengambil peduli tentang tahap kesihatan masing-masing malah ada yang mengabaikannya
.
“Program ini dilihat sebagai satu aktiviti yang mampu memberi pengetahuan kepada orang awam malah memberi peluang kepada mereka mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai penyakit,” katanya kepada :Sinar Harian:.
Juliet berkata, program itu juga adalah salah satu langkah yang proaktif pihaknya dalam usaha untuk mengenal pasti sebarang penyakit yang dihadapi oleh peserta secara komprehensif.
“Secara tidak langsung program ini menawarkan orang ramai mengenal pasti adakah mereka mempunyai penyakit kronik dan pada masa sama peserta yang mengikutinya mampu mengesan penyakit lebih awal.
“Apabila peserta telah didedahkan dengan pelbagai cara amalan hidup sihat, mereka juga berpeluang mempelajari cara untuk mencegah demi memastikan generasi hadapan lebih sihat,” katanya.
Katanya, sambutan yang diberikan oleh penduduk menggalakkan dan pihaknya berpuas hati dengan kehadiran serta kerjasama yang diberikan sewaktu program berlangsung.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #13 on:
August 08, 2010, 05:49:09 PM »
Ranap dalam masa 10 minit
KUALA KANGSAR – Hanya dalam masa 10 minit, dua gerai buah-buahan runtuh, sementara dua kedai makan dan tiga stor yang digunakan untuk menyimpan barang perniagaan, di Jalan Idris, di sini rosak akibat ribut, kelmarin.
Ribut berkenaan dikatakan paling teruk pernah berlaku, namun peniaga bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun masih berada di lokasi kejadian.
Seorang peniaga, Rohani Saari berkata, ketika kejadian dia menyaksikan sendiri ribut tersebut
meranapkan segala peralatan dan hasil jualan malah sebahagian bumbung gerainya turut diterbangkan angin.
Menurutnya, kejadian ribut dan angin kencang sering berlaku di kawasan itu tetapi tidak pernah menyebabkan sebarang kerosakan.
“Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang dan pada waktu itu saya seorang sahaja berada di gerai kerana suami ada urusan lain di luar daerah, perasaan takut memang tak dapat dinafikan.
“Saya sudah berniaga selama empat tahun di sini tetapi tidak pernah berlaku rebut seteruk ini dan waktu gerai saya diruntuhkan angin kencang, saya tidak keluar daripada gerai kerana takut dan menunggu sehingga angin serta hujan berhenti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.
Katanya, anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung adalah sebanyak RM60,000 kerana dua gerai buah-buahannya ranap manakala sebuah stor dan kedai makan turut rosak.
“Semua buah-buahan rosak dan tidak boleh dijual semula dan turut rosak bekalan buah-buahan yang disimpan di dalam stor,” katanya
Gerai rosak dalam sekelip mata
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Razali Mohd Nordin berkata, gerai minumannya yang terletak di tepi jalan ranap dalam sekelip mata.
Katanya, dua stor yang digunakan untuk menyimpan barang niaga turut mengalami kerosakan.
“Waktu kejadian saya sedang berniaga dan angin menyerang secara tiba-tiba sahaja menyebabkan barang niaga terpelanting diterbangkan angin.
“Saya mengalami kerugian kira-kira RM2,000 berikutan kejadian itu dan tidak menyangka mengalami kejadian ini setelah tujuh tahun berniaga di sini," katanya.
Sementara itu, peniaga kedai makan, Aisyah Dalah berkata, dia bersama dua rakan sedang bersiap-sedia untuk membuka kedai dan angin kencang seperti puting beliung menyerang secara tiba-tiba menerbangkan kerusi, meja dan bumbung.
“Kami baru sahaja membuka kedai pada ketika itu dan apabila sudah jadi seperti ini kami tiak dapat meneruskan perniagaan.
"Kami memang berasa takut pada ketika itu tetapi bersyukur kerana masih selamat," katanya.
Selain kerosakan yang berlaku di kawasan gerai jualan berkenaan, beberapa lokasi di sekitar Pekan Kuala Kangsar turut dilanda ribut.
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
yob rock!
Global Moderator
Tukang Masak
Offline
Posts: 3843
Dimana langit di junjung, di situ bumi di pijak..
Re: BERITA FKS
«
Reply #14 on:
August 11, 2010, 01:00:08 AM »
TNB belanja RM15 juta
PANTAI REMIS –Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membelanjakan RM15 juta untuk beberapa projek di daerah Manjung pada tahun hadapan bagi memastikan penduduk dapat menikmati bekalan elektrik yang mencukupi dan berkualiti tinggi pada masa akan datang.
Ketua Jurutera (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembanguan TNB, Abd Aziz Abd Majid berkata, penambahan perbelanjaan itu untuk memastikan penduduk di kawasan daerah Manjung mendapat bekalan elektrik berkualiti.
Menurutnya, pihaknya dalam usaha meningkatkan dan memperteguh prestasi sistem bekalan elektrik telah pun siap dilaksanakan di mana TNB membelanjakan sebanyak RM 6.7 juta bagi tahun ini.
“Kami berharap penduduk memberikan kerjasama memandangkan dalam proses melaksanakan projek itu mungkin akan berlaku sedikit kesulitan yang tidak dapat dielakkan.
“Ini bertujuan meminimumkan gangguan bekalan elektrik dan kepuasan pelanggan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Program TNB bersama pemimpin komuniti, di dewan orang ramai Taman Bintang, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar TNB Negeri Perak, Datuk Mohd Zahir Md Nagor, Pengurus Kawasan TNB Seri Manjung, Idris Mohd Nor, Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Abd Manaf Hashim, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham serta Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kawasan Pantai Remis dan Pengkalan Bahru.
Abd Aziz berkata, Program hari ini, diadakan bertujuan mendapat maklum balas daripada pihak pemimpin komuniti yang lebih dekat dengan rakyat untuk pihaknya mengetahui masalah yang mereka hadapi.
“Daripada input yang kami dapat pada hari ini, pihak TNB akan menganalisa dan memperbaiki kelemahan untuk memberikan perkhidmatan lebih bagus kepada pelanggan,.
“Dengan cara ini pihak TNB percaya akan dapat mempertingkatk
an lagi perkhidmatan dengan lebih efektif untuk menjamin segala keperluan rakyat,” katanya.:
Logged
Aku terikat tanpa tali.. Aku berdiri tanpa bumi..
Aku berkata tanpa suara.. Aku menangis tanpa airmata..
Pages: [
1
]
2
3
All
Go Up
Print
« previous
next »
Jump to:
Please select a destination:
-----------------------------
Info & Pengumuman
-----------------------------
=> Pengumuman & Berita Terkini Forum Komuniti Silverian
=> PETI Cadangan,Masalah & Komen berkaitan Forum
-----------------------------
Kelab Orang Perak
-----------------------------
=> AHLI BARU-Sesi Suai Kenal-AHLI BARU
===> UCAPAN: HAPPY BIRTHDAY
=> Kafe Seri Malaysia
=> Corat-Coret Negeri Perak
===> Silverian Ent
-----------------------------
Aktiviti & Interaksi
-----------------------------
=> Kamus Lorat Perak
=> Diskusi & Perbahasan
=> Uda & Dara, Romeo & Juliet, Adam & Hawa
=> Sumbangan Karya, Artikel & Review
=> Ekonomi Keluarga
=> Event & Kalendar
=> Geng Komputer,Sains & IT
===> Gamers United!
=> Filem & TV
=> Streaming Video & Muzik
=> BERITA SENI SUARA,MUZIKAL,RADIO
=> Anime & Manga
=> Geng Bola
=> Geng Kereta & Motor
-----------------------------
Musim, Perayaan & Sambutan
-----------------------------
=> Malaysian Festival
TinyPortal v.1.0.6 beta 2 ©
Bloc